22 November 2007

APAKAH PERBEZAAN UKHUWWAH DAN ASSABIYAH

Ukhuwwah terbit daripada perkataan akh yang bermaksud saudara. Oleh itu, ukhuwwah dapat didefinisikan sebagai tali persaudaraan. Islam amat mementingkan hubungan persaudaraan yang berlandaskan ikatan keagamaan.

Kepentingan ukhuwwah Islamiah atau perpaduan Islam sebagai tunggak sesebuah negara tergambar daripada langkah Rasulullah S.A.W. sendiri ketika pembentukan negara Islam yang pertama di Madinah.

Berbanding dengan ukhuwwah, assabiyah mempunyai konsep yang berbeza. Assabiyah berasal daripada perkataan taasaba, iaitu suatu perasaan kekitaan yang menebal tanpa mempertimbangkan unsur kebenaran dan kesalahan, baik dan buruk.

Fahaman assabiyah dikenali juga sebagai fahaman kesukuan amat kuat dipegang oleh masyarakat Arab sebelum Islam. Kesan daripada ketaksuban mereka terhadap keturunan dan suku masing-masing, peperangan sering terjadi antara suku dan keturunan yang berlainan.

Fahaman assabiyah ini ditolak oleh Islam kerana ianya bercanggah dengan dasar persaudaraan Islam. Tambahan pula fahaman assabiyah akan menyebabkan seseorang itu tidak mengambil kira pertimbangan akal dan agama.

Apakah Islam membenarkan cara yang tidak bersopan dan bertindak di luar batasan kesusilaan dalam menegakkan perjuangan dan kefahaman seseorang itu?

Islam menitik beratkan akhlak yang mulia. Di antara ciri akhlak yang mulia adalah menghubung tali silaturahim terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang menghalang dan memaafkan orang yang menzalimi kamu. Sesiapa yang mempunyai ciri tersebut adalah mencerminkan keteguhannya dalam beragama.

Peringatan yang diberikan dalam al-Quran secara nyata mengajak manusia supaya menjaga ikatan silaturahim dan persaudaraan berada dalam muhibah dan berkasih sayang. Menyuruh individu menjauhkan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan ikatan persaudaraan dan kejiranan.

Terdapat dua keadaan seseorang itu dibenarkan mendedahkan keburukan seseorang. Pertama jika dia tahu tentang kejahatan seseorang dan jika tidak diberitahu tentang keburukan orang itu nescaya ada orang yang akan menjadi mangsanya.

Kedua apabila mahkamah memanggil seseorang sebagai saksi untuk menjelaskan kedudukan tertuduh. Orang itu boleh mendedahkan keburukan seseorang demi menegakkan keadilan. Bagaimanapun keburukan seseorang itu tidak boleh dihebahkan untuk umum. Lebih-lebih lagi memaki hamun di khalayak ramai. Perbuatan demikian ditegah dalam Islam.
Back

Bagaimanakah caranya untuk membina dan mempereratkan lagi tali persaudaraan umat Islam yang semakin berpecah belah sejak akhir-akhir ini?

Dalam Islam, tidak ada bezanya antara seseorang itu dengan yang lain melainkan ketakwaan mereka kepada Allah SWT. Justeru itu, Islam melarang wujudnya perpecahan, apatah lagi sesama umatnya.

Perpecahan hanya akan melemahkan umat Islam. Apabila umat Islam menjadi lemah sudah tentu akan berlaku kerosakan dan kehancuran. Kalau kita merujuk kepada sejarah lampau pada era perang dunia pertama dan kedua, rata-rata umat Islam menjadi lemah dan dijajah.

Ini adalah disebabkan perpecahan yang amat ketara berlaku. Umat Islam bergaduh sesama sendiri tanpa memikirkan lagi persaudaraan. Ingatan daripada Allah supaya umat Islam bersatu padu seolah-olah dilupakan dan apabila berlaku penjajahan, pada waktu itu barulah umat Islam mulai sedar mengenai kepentingan perpaduan dalam kehidupan mereka itu.

Kita lihat satu contoh yang paling mudah, dalam sembahyang misalnya, umat Islam digalakkan sembahyang berjemaah. Kenapa? Jawapannya ialah kerana sudah tentu dengan adanya jemaah yang ramai, mereka akan melantik seorang ketua untuk menjadi imam.

Jemaah yang lain akan mengikut pergerakan imam sehingga sembahyang disempurnakan sepenuhnya. Di sini, kita dapat lihat dengan nyata unsur-unsur perpaduan

Wasiat Saidina Ali Karamallahu Wajhah.

1. Peringatan buat dirimu yang mana pasar itu merupakan suatu tempat yang boleh merosakkan akhlak.
2. Sesuatu yang hendak dicapai oleh keelokan budi pekerti itu ialah rasa malu seseorang pada diri sendiri.
3. Tiada pusaka peninggalan yang lebih bermanfaat daripada elok budi pekerti.
4. Cucikan hati kamu dengan beradab sebagaimana api membakar sesuatu dengan kayu.
5. Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia hendaklah memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia yang lain.
6. Elok pekerti merupakan gedung ketika berhajat padanya.
7. Kualiti setiap sesuatu itu dinilai pada kebaikannya.
8. Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.
9. Sekiranya kamu merasa letih kerana melakukan sesuatu yang baik maka keletihan itu kan hilang dan perbuatan baik yang kamu lakukan terus kekal.
10. Jika kamu tidak mahu melupakan segala kebaikan yang dilakukan maka kamu hendaklah mengulangi di dalam membuat kebaikan itu.
11. Ratapilah saudaramu dengan berbuat baik padanya dan jauhilah kejahatannya dengan bersedekah padanya.
12. Sesuatu yang tidak elok untuk diperkatakan sekalipun ia benar iaitu puji diri sendiri.
13. Seelok-elok kesihatan itu adalah memberi sesuatu dan ketaatan merupakan gedung yang tidak akan musnah.
14. Dua nikmat yang sering dilupakan ialah kesihatan dan keselamatan.
15. Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti.
16. Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan.
17. Tepati janji merupakan kembar kepada benar.
18. Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya.
19. Permulaan bagi perasaan marah itu adalah hilang pertimbangan manakala penghabisannya pula adalah perasaan menyesal.
20. Tidak dikira lemah lembut jika ia timbul ketika redha tetapi lemah lembut yang sebenar akan timbul ketika dalam keadaan marah.
21. Sesiapa yang tunduk kepada perasaan marah menyebabkan akhlaknya kurang.
22. Bagi setiap nikmat ada kunci yang membukanya dan ada kunci yang akan menyelaknya yang mana kunci pembukanya adalah sabar dan kunci penyelaknya adalah malas.
23. Sesiapa yang malas tidak akan menunaikan tanggungjawabnya.
24. Ketua kepada kejahilan itu adalah gedung kemalasan.

18 November 2007

TANDA-TANDA BAHAGIA DAN SENGSARA



Tanda-tanda Bahagia


1. menjauhkan diri daripada urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat
2. himmahnya(kemahuan) kuat terhadap ibadah dan membaca al-Quran
3. sedikit kata terhadap apa yang tidak diperlukan
4. sangat memelihara sembahyang fardhu yang lima
5. menjaga diri daripada yang haram dan syubhat,sedikit mahu pun banyak
6. bersahabat dengan golongan yang soleh dan baik
7. bersifat merendah diri
8. bersifat dermawan yang ikhlas
9. belas kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain
10. bermanfaat kepada orang lain
11. selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya



Tanda-tanda Sengsara


1. rakus terhadap harta dunia
2. kemahuan kuat terhadap nafsu syahwat dan kelazatan dunia
3. kotor dalam perkataannya serta banyak ghibah(menceritakan cela orang lain)
4. meringan-ringankan sembahyang fardhu yang lima
5. berkawan dengan golongan yang fasik(derhaka)
6. buruk perangainya
7. sombong lagi membangga diri
8. enggan memberi kebaikan kepada orang lain
9. sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman
10. bersifat kedekut
11. lupa terhadap mati

15 November 2007

Masjid Darul iman,Apakah sumbangan anda?




untuk keterangan lanjut sila lawati blog "masjidmtt.blogspot.com".Bersama membantu untuk kebahagiaan akhirat.
HARAPAN MTT





INILAH WAJAH-WAJAH WIRA YANG AKAN MENGHARUMKAN NAMA MTT.BUKTIKAN BAHAWA PELAJAR AGAMA BOLEH BERJAYA.BERKAT RESTU IBUBAPA,GURU SERTA USAHA,DOA DAN TAWAKAL AKAN MEMBUAHKAN HASIL YANG BAIK.SELAMAT BERJUANG.