29 August 2011

Eid mubarak



Selamat hari raya kami ucapkan untuk semua lepasan MTT @IB dan semua warga MTT.Tidak dilupakan kepada para dermawan dan mereka yang terus menyokong institusi ini.


تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
وجعلنا الله وإياكم من العائدين الفائزين
كل عام وأنتم بالخير



Jangan dilupakan


14 August 2011

Lima 'S'


Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menjalani ibadah puasa dan moga-moga kita semua termasuk dalam mereka yang beroleh ketakwaan.

Bulan ramadan seperti yang diketahui merupakan bulan untuk kita membiasakan yang baik dan betul serta membetulkan yang biasa dari sifat-sifat yang tidak selayaknya untuk kita. Kita cuba melakukan solat terawih, tadarus, bersedakah dan sebagainya adalah supaya apabila berakhirnya ramadan kita masih mampu untuk berjemaah dimasjid, khatam 30 juzu' dalam sebulan,bersedekah dan sebagainya.

Hari ini kami menyeru anda untuk mengamalkan 5 'S'. Moga dengan kita amalkannya ia beroleh ibadah dan melahirkan insan yang berkualiti. Amalan ini sedang dipraktikkan di sekolah MTT. Lima 'S' ini ialah:

1: Salam

Salam adalah kalimah penghormatan yang diajar oleh Allah. Kalimah yang banyak diucapkan sebagai adat. Walhal ia adalah doa yang perlu diucapkan sesuai dengan kedudukannya.




2:Senyum

Senyuman adalah sedekah yang paling mudah. Nabi saw adalah seorang yang suka memberi senyuman. Kita diajar agar sentiasa menguntumkan senyuman sesama kita kerana ia adalah penawar yang paling mujarab.

3:Sapa

Sapaan adalah salah satu wasilah kepada ukhuwwah.

4: Sopan

Sopan adalah perbuatan zahir. Ia melambangkan ketinggian akhlak.

5:Santun

Santun adalah mereka yang berlemah lembut dan suka membantu manusia.



Ayuh, bermula saat ini kita merealitikan 5 'S' ini dan moga-moga ia dikira sebagai amal ibadah dan menjadi dakwah dengan perbuatan untuk mewujudkan negara Islam dan meninggikan kalimah Allah.

01 August 2011

Salam Ramadan

kredit:Here
Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi kita peluang untuk menjalani ibadah ramadan. Sebulan dalam setahun. Bulan memproses manusia untuk menjadi mereka yang berjaya iaitu orang yang bertakwa.

Bulan kita memberi lebih tumpuan dalam ibadah setelah mungkin kita lalai dalam sebelas bulan yang berlalu. Ayuh kita cuba untuk memaksimumkan ramadan kali ini.

Moga kita berjaya mendapat title takwa dan keampunan dari Allah dan seterusnya mendiami syurga


13 July 2011

Ihtifal 2011


Ihtifal kembali.

Kepada semua lepasan pelajar IB dan MTT serta orang ramai dijemput datang ke MTT untuk memeriahkan Majlis Ihtifal MTT 2011.


Majlis akan diadakan pada 20 & 21 Julai 2011 (Rabu & Khamis).Antara aktivitinya:


*Perbarisan.

*Solat Hajat.

*Penyampaian anugerah pelajar cemerlang.

*Ceramah.

*Pameran

*Gerai Jualan

*Persembahan para pelajar dan banyak lagi.







Minta jasa baik semua untuk mendoakan agar majlis berjalan dengan lancar.



Jumpa Disana



30 June 2011

" Tak Miskin Kalau jadi pemurah "

RM10.00 setiap kali boleh gaji



Beberapa hari lepas, salah seorang lepasan IB dan MTT mencuit kita dengan satu idea yang mungkin boleh difikirkan oleh kita. Mungkin ini menjadi salah satu cara untuk kita berbakti.

Kami pasti diluar sana ramai yang sangat sayangkan sekolah IB dan MTT. Ia punya kenangan dan rasa yang sukar digambarkan. Jadi marilah kita menyahut seruan ini dengan kemampuan yang kita ada.

Seruannya ialah :

Kata-kata yang pernah terluah oleh seseorang yang aku pegang sampai hari ni... "Tak Miskin Kalau Jadi Pemurah"..

Masa ada, apa salahnya disalurkan kepada saluran mana yang InsyaAllah akan memanfaatkan apa yang kita salurkan tu ke arah yang sebaiknya...


Untuk membaca penuh boleh ke sini.


P/s: Adakah anda sudah like page MTT(Official Page)

31 May 2011

Membeli sambil menderma

Alhamdulillah.Buku yang mesti dimiliki untuk panduan buat pejuang dan pendokong agama Islam. Buku 2 dalam 1.

* Anda dapat ilmu dan juga pahala untuk pembinaan Masjid Tahfiz Darul Iman





* Dapatkannya di muktamar. Harga istimewa.

* Berminat untuk memiliki sila hubungi no yang tertera di iklan.

19 May 2011

Jom Membeli dan membaca

Tahniah diucapkan kepada bekas pelajar MTT Mohd Aizat Mohd Salleh yang telah berjaya melahirkan karya yang insyAllah besar manfaatnya buat umat.

Karya ini insyAllah menjadi titik tolak bagi beliau untuk terus memberi agar bahan bacaan yang bermutu terus dapat dinikmati oleh masyarakat. Kami mendoakan semoga beliau terus diberi kekeuatan untuk memberi dan diterima sebagai amalan soleh insyAllah.






Jadi, apa tunggu lagi, jom dapatkannya dengan membeli melalui penulis atau dapatkan di kedai buku berdekatan anda.


"Membaca kunci pengetahuan"

16 May 2011

Selamat hari guru


وكل عام وكل المدرسات والمدرسين
وكل من يعمل ف مجال التعليم..

بخير وصحة وعاافيه...

Selamat hari guru kepada semua pendidik. Segala ilmu yang dicurahkan tidak mampu dibalas. " Semoga Allah mengurniakan kepada kamu guru-guru rezeki yang berkat dan melipah ruah, kesihatan, rahmat dan kasih sayangNYa yang tidak pernah sirna."

ameen...




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





هذه عهود الله... وعهد في عنقي..يدوي مدى الأيــــــــام بأن تبقى في دمي ..
يا معلمي ..
يا معلمي هــــــــــــــــــاك قسمي... لحن في فمـــــــــــي ...
هيـــــا نحو الأقلام ....لنبدد كل ظلام ..وبنور الحبر الأزرق ..نرسم أجمل الأحلام ..
ونخط حروف بيضاء ..ثم نحمل أعلام ..لرسـول العلم نحي ..ونغني للأيــــــــام ..
يـــــــا معلمي ..
لجدار العلم يشيــــــــد ..فيحق له التمجيــــــد ..فن أدب وعـلـــــــوم ..لاحــــجر لا قرميـــــــــــــــــد ..
في سفر يكتب درسا ..في نصف الليــــــــــــل وحيــــــــد ..وأنا أحلم أحلاما بفراش النوم سعيـــــــد ..
يـــــــا معلمي ..
غني لي يا عصفورة ..واحكي لي عن أسطورة ..فيها وحش دموي ..يملك بلدا مسحورة ..
وطني فيها أستــــــاذ ..يهزم وحش الأسطورة ..ويغني فرحا دوما ..يحيـــــا بطل السبورة ..
يــــــا معلمي ..
هل تذكر يا أستاذي ..طفلا بين الأولاد ..في الصف الأول يبكي ..ويصيبك بالاجهــــــاد ..
وتعلمه أرقاما ..بالقلم والمعداد ..وهـــــــا هو يحصي آلآفا ..أفضالك يا أستـــــــــــــاذ ..
يا معلمي ..
لك يا أستاذي الفاضل ..بلســـــــان الشكر نقول ..في أنشودتنا الكبرى ..شكرا جهد مقبول ..
حاسوب لا يحسب كم ..عملا منك مبذول ..في الصف يا أستاذي ..أنت الجندي المجهـــــــول ..
يـــــــا معلمي ..
يــــــــا معلمي هاك قسمي ..لحن في فمي ..

15 May 2011

Palestin.(15 mei 1948)






Al Quds merupakan bumi ribat dan jihad umat Islam. Hal ini dibuktikan mengenai kisah di dalam Al Quran tentang Masjidil Aqsa, Rasulullah juga pernah berbicara mengenai kelebihan solat di dalamnya, termasuklah khabar gembira yang mengatakan bahawa bumi Al Quds ini akan dikuasai oleh Umat Islam satu hari nanti, bumi ini kembali disejahterai dengan haknya kembali ke pemilik yang asal iaitu mereka yang mengabdikan diri dan menyembah kepada Tuhan yang satu, Allah Taala.

Ketika mula-mula bumi Al Quds dikuasai oleh Umat Islam pada era kekhilafahan Umar Al Khattab, penduduk asal di situ dikenali sebagai Iliya' (salah satu kaum yang ketika itu memeluk agama Nasrani). Uskup utama yang bernama Sophronius mensyaratkan bahawa kunci Al Quds hanya akan diserahkan kepada Khalifah, bukan dari kalangan wakil-wakilnya.

Lalu pergilah Khalifah Umar dari Kota Madinah ke Al Quds sebagai salah satu pengembaraan penuh sejarah dan menarik, kunci kota Al Quds diserahkan secara rasmi kepadanya, dan Khalifah melakukan perjanjian aman kepada penduduk-penduduk Al Quds waktu itu yang beragama Nasrani dan ia dikenali sebagai perjanjian yang sangat masyhur iaitu ‘Wathiqah Umariyyah’ (The Umariyyah Covenant). Perjanjian itu memberi jaminan bahawa gereja-gereja, hak kepercayaan, syiar agama mereka, diri mereka dan harta mereka akan berada di dalam keadaan aman dibawah persetujuan yang terkandung dalam Wathiqah Umariyyah. Perjanjian ini disaksikan oleh beberapa orang hulu balang Islam antaranya, Khalid bin Al Walid, Abdul Rahman bin Auf, Amru bin Al 'As dan Muawiyah bin Abi Sufyan.

Allah telah memaklumkan kepada Baginda Muhammad SAW bahawa tanah suci ini akan dibebaskan dari cengkaman musuh, atau ia akan diancam dengan pencerobohan dan penjajahan. Kerana itu Umat Islam diseru untuk teguh mempertahankan Al Quds, berjihad mempertahankannya agar tidak jatuh ke tangan musuh, dan berusaha untuk membebaskannya jika ditakdirkan Al Quds ini kembali ke pangkuan Umat Islam.

Hal ini dikhabarkan oleh Baginda SAW mengenai suatu pertempuran yang ditunggu-tunggu antara Kaum Muslimin dan Yahudi, bahawa kemenangan pada akhirnya akan memihak bagi Kaum Muslimin, di mana semuanya menyokong umat Islam sehinggakan batu dan pokok, akan berkata-kata tentang lokasi musuh dengan bahasa lisanul hal atau mungkin dengan cara lisanul maqal.

Diriwayatkan dari Abu Umamah Al Baahili bahawa Nabi SAW bersabda,"Akan sentiasa ada kumpulan di kalangan umatku yang dengan jelas berada dijalan yang benar, terhadap musuh mereka berkeras, dan mereka sama takkan dimudharatkan dengan keangkuhan musuh sehingga mereka menerimana arahan dari Allah (mendapat kemenangan atau syahid)". Para Sahabat bertanya,"Di mana mereka itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab,"Mereka itu berada di Baitul Maqdis dan di sekitarnya". - web qaradawi.net

Moga-moga apa yang disampaikan oleh Dr.Yusuf Al Qaradawi menjadi ingatan kepada kita bahawa tanggungjawab yang besar harus digalas oleh seluruh umat Islam untuk membebaskan Palestin. Pada bulan Mei 2011 ini, genaplah ulangtahun peristiwa Nakbah yang ke 63. Peristiwa Nakbah secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun. Ia merujuk kepada pengistiharan negara haram Israel pada 15 Mei, manakala ia disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan yang mereka dakwa sebagai ‘The War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan).

Ulang tahun Nakbah pada tahun ini memberikan harapan baru kepada rakyat Palestin. Ini kerana pandangan umum masyarakat antarabangsa terhadap Israel sudah berubah. Jika sebelum ini rata-rata masyarakat antarabangsa mempertahankan apa juga tindakan biadap Israel termasuk melakukan serangan dan membunuh rakyat Palestin, kini Israel berhadapan dengan cemuhan dan bantahan rakyat awam dan pemimpin dunia. Jika dahulu rakyat Palestin dilihat sebagai pengganas dan musuh kepada proses damai, kini telah terbentang seluas-luasnya di mata rakyat dunia bahawa Israel-lah pengganas, negara yang dibina mereka wajar yang digelar sebagai rogue state (negara penyangak).

Amat luar biasa sekali, era-era mutakhir ini pembela negara Palestin bukan sahaja terdiri di kalangan Umat Islam tetapi ia turut diraikan masyarakat Non-Muslim, di Eropah, Amerika, Korea, Jepun dan sebagainya. Benarlah bahawa manusia yang berpeluang meneliti sejarah, mereka akan melihat perjuangan kosmik yang berlaku di antara kuasa baik dan kuasa durjana, watak bacul dan watak panglima, kehidupan bermaruah dan penuh hina.

Salah satu sejarah yang perlu diketahui kita semua, David Ben Gurion pernah menjadi salah seorang pejuang negara Zionist-Yahudi. Maka kejayaan Yahudi menceroboh Palestin pada tahun 1948, telah mengangkatnya menjadi Perdana Menteri Israel pertama. Menariknya, ada sebuah pengakuan Ben Gurion yang wajar difahami oleh pemimpin Arab semua :

“If I were an Arab leader, I would never sign an agreement with Israel. It is normal; we have taken their country. It is true God promised it to us, but how could that interest them? Our God is not theirs. There has been Anti - Semitism, the Nazis, Hitler, Auschwitz, but was that their fault ? They see but one thing: we have come and we have stolen their country. Why would they accept that?”

"Jika saya adalah pemimpin bangsa Arab, saya tidak akan sudi menandatangani satu perjanjian (berunding) dengan Israel. Ini adalah normal; Kita (Israel) telah mengambil tanah mereka. Benar, Tuhan telah menjanjikan (tanah tersebut) untuk kita, tetapi bagi mereka tanah ini apa ertinya? Tuhan kita bukan Tuhan mereka. Memang, ada gerakan-gerakan anti Yahudi (Semit) seperti Nazi, Hitler dan Auschwitz tapi apa salahnya mereka (bangsa Arab) kepada kita? Mereka hanya dapat melihat satu hal; Kita (Israel) datang dan mencuri tanah air mereka. Mengapa mereka harus menerima ini?

Inilah hakikat yang terhujam begitu dalam dengan realiti kebangkitan negara haram Israel yang perlu ditangani. Ucapan Ben Gurion sekaligus menempelak kelesuan dan kebisuan pemimpin-pemimpin Islam, kerana bangsa Yahudi sendiri mengakui jika mereka menyelami perasaan menjadi warga Palestin – sudah pasti penentangan yang paling layak diberikan adalah menekan Israel. Hal yang sama turut pernah disebut oleh Ehud Barak, mantan menteri pertahanan Israel;

“If I were a Palestinian of the right age, I'd eventually join one of the terrorist organizations.”

"Andai saya ditaqdirkan lahir sebagai warga Palestine, saya akan ikut berjuang bersama organisasi terorist (muqawamah) untuk merebut kembali tanah ini" - The Israel Lobby and US Foreign Policy, John Mearsheimer & Stephen Walt.

Amanat 2 orang Yahudi ini ibarat Syaitan yang mengajarkan Ayatul Kursi kepada Abu Hurairah RA. Walaupun istilah terrorist yang disebut oleh Ehud Barak tidak bertepatan dengan idea Islam, tetapi kita sedari bahawa di mana-mana pun kebangkitan Islam untuk melepaskan diri dari penjajahan, maka mereka akan memanipulasi media dengan mengistilahkan pejuang Islam sebagai terrorist. Ketahuilah Islam telah membuktikan kedatangan dengan salam, pertemuan umat Islam dengan salam, perpisahan umat Islam dengan salam, salam disebarkan penuh seluruh. Lalu mengapa umat Islam dianiaya? - Editor Tarbawi

Sumber:Tarbawi

10 May 2011

Doakan Mereka

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sekarang ini pelajar-pelajar mtt sedang bertungkus lumus memerah keringat dan memusatkan perhatian dalam medan peperiksaan. Diharap mereka semua diberi kemudahan dan ketenangan dalam menjawab peperiksaan dan akhirnya menatijahkan kejayaan yang cemerlang.

Jangan pernah mengalah untuk berusaha berserta tawakkal.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Bittaufiq wa najah...

23 March 2011