21 August 2009

Marhaban YA Ramadhan

Assalamualaikum semua....

Malam ini kita akan mula solat terawikh yang menandakan esok bermulanya ibadah puasa. Ramadhan yang datang jangan disiakan agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Ramadhan bulan yang permulaannya rahmat pertengahannya keampunan dan pengakhirannya adalah selamat dari api neraka mempunyai perlbagai ganjaran untuk kita berlumba-lumba mendapatkannya.



Bulan yang diturunkan al-quran untuk kita membezakan kebenaran dan kebatilan, bulan yang padanya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang amalan fardhu digandakan kepada 70 kali ganda dan amalan sunat seperti amalan fardhu. Bulan yang melatih kita untuk menguasai hawa nafsu bukan kita dikuasai.

Bulan yang menyedarkan kita setelah kita terleka akibat kesibukan dengan dunia sehingga membawa kepada kecuaian dalam ibadah kita sebagai hamba...



Ya Allah jadikanlah kami mereka yang menggunakan ramadhan sebagai bulan untuk mengaut keuntungan...


Kami mengucapkan selamat berpuasa kepada semua guru,kakitangan,pelajar dan semua lepasan pelajar mtt dan ib...

14 August 2009

TERIMA KASIH SEMUA...

Terima Kasih pada semua yang telah menjayakan program alumni baru-baru ini. Perjumpaan kali ini merupakan antara yang teramai menghadirinya dari yang sebelumnya. Tahniah dan jutaan terima kasih juga pada jawatankuasa yang telah bertungkus lumus berusaha untuk mengadakan dan menjayakan program tersebut.

Terasa beruntungnya kerana diberi sedikit kesempatan masa untuk menghadiri perjumpaan tersebut. Terlalu ramai yang hadir sampai tak terlayan. Semuanya sibuk melepaskan rindu yang lama terpendam. Rasa bahagia yang tidak terucap bila dapat bertemu kembali dengan guru-guru yang telah mentarbiyah diri kita. Sayangnya ada beberapa orang guru tidak dapat hadir kerana sebab tertentu. Antaranya yang diketahui, Cikgu Abdullah Embong kerana zaujahnya berada dihospital, ustazah Wan Juhaida kerana sedang sarat mengandung, tinggal menunggu masa. Jom ramai-ramai kita ke Terengganu pula. Ziarah mereka.




04 August 2009

ralat



program lepasan pelajar akan bermula jam 3-6 ptg.
TGHH akan hadir sekitar jam 3.30 ptg.harap dapat mengambil perhatian.
segala kekuarangan harap dimaafkan.