Showing posts with label ARTIKEL. Show all posts
Showing posts with label ARTIKEL. Show all posts

04 September 2008

Ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan….

Ramadhan datang lagi membawa rahmat dan berkat. Kedatangan ramadhan sama seperti tahun-tahun sudah tetapi yang berbeza ialah natijah daripada madrasah ramadhan itu sendiri..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Rebutlah peluang yang diberi kepada kita semaksima yang mungkin kerana kita belum tahu adakah kita sempat lagi bertemu dengan ramadhan yang akan datang. Ramadhan mengajar kita untuk memperbanyakkan amal soleh sesuai dengan tuntutan kewajipan ramadhan adalah untuk melahirkan insan yang bertaqwa.

Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.


Antara perkara yang digalakkan untuk kita melakukannya pada bulan ramadhan ialah membaca al-Quran, bersedekah, berzikir, berterawikh dan amalan mahmudah yang lain. Kita juga disarankan untuk menjauhkan dari melakukan perkara yang akan mengurangkan atau mencacatkan puasa kita seperti mengumpat, mengadu domba dan segala sifat mazmumah yang lain. Pada sepuluh malam yang terakhir sama-samalah untuk mencari lailatul qadar yang lebih baik dari seribu bulan dan carilah malam lailatul qadar pada sepuluh malam yang ganjil.

Sama-samalah kita merebut peluang yang dikurniakan oleh Allah moga-moga kita termasuk dalam golongan orang yang bertaqwa yang mendapat rahmat dan berkat dari Allah.



25 July 2008

5 Jenis Racun dan 5 Penawarnya;

Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.


Harta itu racun, zakat itu ubatnya.


Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.


Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.


Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.



22 July 2008

22 TAnda hari kiamat semakin hampir

  1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

  2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

  3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

  4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

  5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

  6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

  7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

  8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

  9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

  10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

  11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

  12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

  13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

  14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

  15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

  16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

  17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

  18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

  19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

  20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

  21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

  22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.


FROM:Muhammadon

17 July 2008

Kebahagiaan

Setiap manusia inginkan kebahagiaan. Orang yang beriman inginkan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sebaliknya bagi orang yang tidak mempercayai dar-akhirat juga ingin kan kebahagiaan didunia. Ukuran kebahagiaan bagi sebuah keluarga bukanlah pada banyaknya harta tetapi pada keharmonian sebuah rumahtangga itu.


Rasulullah saw mengajar kita bagaimana untuk mendapatkan kebahagian sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Hibban maksudnya:


”:Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!”


Hadis ini mengajar kita cara untuk mendapatkan kebahagiaan. Wanita yang solehah merupakan sebaik-baik perhiasaan. Antara cirri-ciri wanita solehah ialah apabila kamu memandangnya ia akan menyenangkan kamu. Rumah yang luas ialah yang memberi kamu keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak serta dapat mengenangkan fikiran apabila berada di dalamnya.


Jiran yang baik adalah antara faktor yang menjadi pemangkin dalam mencari kebahagian. Jiran yang baik ialah yang tidak nmenyakiti hati jirannya dan ramah tamah dalam pergaulan. Kita juga disuruh untuk memuliakan jiran sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah maksudnya:


“:Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata-kata dengan kebaikan atau jika tidak, hendaklah dia diam sahaja. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya.” (bukhari dan muslim).


Kenderaan yang selesa ialah kenderaan yang mampu membantu kita dalam menjalankan urusan harian. Kenderaan yang mahal tetapi membebankan kita tidak termasuk dalam kategori kendaraan yang selesa.


Marilah kita sama-sama mengamalkan hadis ini agar mendapat kebahagiaan di dunia dan yang terpenting kehidupan di akhirat yang kekal abadi.




14 June 2008

Himpunan Ikatan Pelajar Lepasan MTT (HIKMAT08)

















ALHAMDULILLAH.Pada 5,6,dan 7 JUN yang lalu IKMA telah berjaya menganjurkan satu program yang julung-julung kali diadakan iaitu Himpunan ikatan pelajar lepasan mtt (HIKMAT08) yg bertempat di kompleks MTT..Objektif program ini diadakan antara lain adalah untuk memberi kesedaran kepada para lepasan mtt akan kepentingan IKMA itu sendiri selain mengeratkan ukhuwwah yang sedia terjalin antara mereka.Program yang bermula pada 5hb petang itu dirasmikan oleh Us.Awang Bin Embong.Antara penceramah-penceramah yang dijemput adalah Ust Dato' Abu Bakar Chik,ust Ahmad Majid,dan Ust Abu Bakar Abdullah.program ini mendapat samputan yang sangat membanggakan kerana dihadiri oleh hampir 50 orang peserta-peserta lepasan MTT.Pada kesempatan ini juga,peserta-peserta telah membincangkan hala tuju IKMA dan sumbangan-sumbangan yang boleh diberikan kepada MTT.Akhir kalam,diharap kita sama-sama dapat bersatu dan berganding bahu untuk memberi sumbangan kepada MTT agar MTT terus maju dan dapat melahirkan genarasi Huffaz al quran yang berkualiti.ALLAHU AKBAR!
p/s:ex-mtt kat lua negara watla liqa' jgk.:)

22 November 2007

APAKAH PERBEZAAN UKHUWWAH DAN ASSABIYAH

Ukhuwwah terbit daripada perkataan akh yang bermaksud saudara. Oleh itu, ukhuwwah dapat didefinisikan sebagai tali persaudaraan. Islam amat mementingkan hubungan persaudaraan yang berlandaskan ikatan keagamaan.

Kepentingan ukhuwwah Islamiah atau perpaduan Islam sebagai tunggak sesebuah negara tergambar daripada langkah Rasulullah S.A.W. sendiri ketika pembentukan negara Islam yang pertama di Madinah.

Berbanding dengan ukhuwwah, assabiyah mempunyai konsep yang berbeza. Assabiyah berasal daripada perkataan taasaba, iaitu suatu perasaan kekitaan yang menebal tanpa mempertimbangkan unsur kebenaran dan kesalahan, baik dan buruk.

Fahaman assabiyah dikenali juga sebagai fahaman kesukuan amat kuat dipegang oleh masyarakat Arab sebelum Islam. Kesan daripada ketaksuban mereka terhadap keturunan dan suku masing-masing, peperangan sering terjadi antara suku dan keturunan yang berlainan.

Fahaman assabiyah ini ditolak oleh Islam kerana ianya bercanggah dengan dasar persaudaraan Islam. Tambahan pula fahaman assabiyah akan menyebabkan seseorang itu tidak mengambil kira pertimbangan akal dan agama.

Apakah Islam membenarkan cara yang tidak bersopan dan bertindak di luar batasan kesusilaan dalam menegakkan perjuangan dan kefahaman seseorang itu?

Islam menitik beratkan akhlak yang mulia. Di antara ciri akhlak yang mulia adalah menghubung tali silaturahim terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang menghalang dan memaafkan orang yang menzalimi kamu. Sesiapa yang mempunyai ciri tersebut adalah mencerminkan keteguhannya dalam beragama.

Peringatan yang diberikan dalam al-Quran secara nyata mengajak manusia supaya menjaga ikatan silaturahim dan persaudaraan berada dalam muhibah dan berkasih sayang. Menyuruh individu menjauhkan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan ikatan persaudaraan dan kejiranan.

Terdapat dua keadaan seseorang itu dibenarkan mendedahkan keburukan seseorang. Pertama jika dia tahu tentang kejahatan seseorang dan jika tidak diberitahu tentang keburukan orang itu nescaya ada orang yang akan menjadi mangsanya.

Kedua apabila mahkamah memanggil seseorang sebagai saksi untuk menjelaskan kedudukan tertuduh. Orang itu boleh mendedahkan keburukan seseorang demi menegakkan keadilan. Bagaimanapun keburukan seseorang itu tidak boleh dihebahkan untuk umum. Lebih-lebih lagi memaki hamun di khalayak ramai. Perbuatan demikian ditegah dalam Islam.
Back

Bagaimanakah caranya untuk membina dan mempereratkan lagi tali persaudaraan umat Islam yang semakin berpecah belah sejak akhir-akhir ini?

Dalam Islam, tidak ada bezanya antara seseorang itu dengan yang lain melainkan ketakwaan mereka kepada Allah SWT. Justeru itu, Islam melarang wujudnya perpecahan, apatah lagi sesama umatnya.

Perpecahan hanya akan melemahkan umat Islam. Apabila umat Islam menjadi lemah sudah tentu akan berlaku kerosakan dan kehancuran. Kalau kita merujuk kepada sejarah lampau pada era perang dunia pertama dan kedua, rata-rata umat Islam menjadi lemah dan dijajah.

Ini adalah disebabkan perpecahan yang amat ketara berlaku. Umat Islam bergaduh sesama sendiri tanpa memikirkan lagi persaudaraan. Ingatan daripada Allah supaya umat Islam bersatu padu seolah-olah dilupakan dan apabila berlaku penjajahan, pada waktu itu barulah umat Islam mulai sedar mengenai kepentingan perpaduan dalam kehidupan mereka itu.

Kita lihat satu contoh yang paling mudah, dalam sembahyang misalnya, umat Islam digalakkan sembahyang berjemaah. Kenapa? Jawapannya ialah kerana sudah tentu dengan adanya jemaah yang ramai, mereka akan melantik seorang ketua untuk menjadi imam.

Jemaah yang lain akan mengikut pergerakan imam sehingga sembahyang disempurnakan sepenuhnya. Di sini, kita dapat lihat dengan nyata unsur-unsur perpaduan