14 August 2011

Lima 'S'


Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menjalani ibadah puasa dan moga-moga kita semua termasuk dalam mereka yang beroleh ketakwaan.

Bulan ramadan seperti yang diketahui merupakan bulan untuk kita membiasakan yang baik dan betul serta membetulkan yang biasa dari sifat-sifat yang tidak selayaknya untuk kita. Kita cuba melakukan solat terawih, tadarus, bersedakah dan sebagainya adalah supaya apabila berakhirnya ramadan kita masih mampu untuk berjemaah dimasjid, khatam 30 juzu' dalam sebulan,bersedekah dan sebagainya.

Hari ini kami menyeru anda untuk mengamalkan 5 'S'. Moga dengan kita amalkannya ia beroleh ibadah dan melahirkan insan yang berkualiti. Amalan ini sedang dipraktikkan di sekolah MTT. Lima 'S' ini ialah:

1: Salam

Salam adalah kalimah penghormatan yang diajar oleh Allah. Kalimah yang banyak diucapkan sebagai adat. Walhal ia adalah doa yang perlu diucapkan sesuai dengan kedudukannya.




2:Senyum

Senyuman adalah sedekah yang paling mudah. Nabi saw adalah seorang yang suka memberi senyuman. Kita diajar agar sentiasa menguntumkan senyuman sesama kita kerana ia adalah penawar yang paling mujarab.

3:Sapa

Sapaan adalah salah satu wasilah kepada ukhuwwah.

4: Sopan

Sopan adalah perbuatan zahir. Ia melambangkan ketinggian akhlak.

5:Santun

Santun adalah mereka yang berlemah lembut dan suka membantu manusia.



Ayuh, bermula saat ini kita merealitikan 5 'S' ini dan moga-moga ia dikira sebagai amal ibadah dan menjadi dakwah dengan perbuatan untuk mewujudkan negara Islam dan meninggikan kalimah Allah.

No comments: