Marhaban Ya Ramadhan….
Ramadhan datang lagi membawa rahmat dan berkat. Kedatangan ramadhan sama seperti tahun-tahun sudah tetapi yang berbeza ialah natijah daripada madrasah ramadhan itu sendiri..
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Rebutlah peluang yang diberi kepada kita semaksima yang mungkin kerana kita belum tahu adakah kita sempat lagi bertemu dengan ramadhan yang akan datang. Ramadhan mengajar kita untuk memperbanyakkan amal soleh sesuai dengan tuntutan kewajipan ramadhan adalah untuk melahirkan insan yang bertaqwa.
Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Antara perkara yang digalakkan untuk kita melakukannya pada bulan ramadhan ialah membaca al-Quran, bersedekah, berzikir, berterawikh dan amalan mahmudah yang lain. Kita juga disarankan untuk menjauhkan dari melakukan perkara yang akan mengurangkan atau mencacatkan puasa kita seperti mengumpat, mengadu domba dan segala sifat mazmumah yang lain. Pada sepuluh malam yang terakhir sama-samalah untuk mencari lailatul qadar yang lebih baik dari seribu bulan dan carilah malam lailatul qadar pada sepuluh malam yang ganjil.
Sama-samalah kita merebut peluang yang dikurniakan oleh Allah moga-moga kita termasuk dalam golongan orang yang bertaqwa yang mendapat rahmat dan berkat dari Allah.
No comments:
Post a Comment