Setiap manusia inginkan kebahagiaan. Orang yang beriman inginkan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sebaliknya bagi orang yang tidak mempercayai dar-akhirat juga ingin kan kebahagiaan didunia. Ukuran kebahagiaan bagi sebuah keluarga bukanlah pada banyaknya harta tetapi pada keharmonian sebuah rumahtangga itu.
Rasulullah saw mengajar kita bagaimana untuk mendapatkan kebahagian sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Hibban maksudnya:
”:Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!”
Hadis ini mengajar kita cara untuk mendapatkan kebahagiaan. Wanita yang solehah merupakan sebaik-baik perhiasaan. Antara cirri-ciri wanita solehah ialah apabila kamu memandangnya ia akan menyenangkan kamu. Rumah yang luas ialah yang memberi kamu keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak serta dapat mengenangkan fikiran apabila berada di dalamnya.
Jiran yang baik adalah antara faktor yang menjadi pemangkin dalam mencari kebahagian. Jiran yang baik ialah yang tidak nmenyakiti hati jirannya dan ramah tamah dalam pergaulan. Kita juga disuruh untuk memuliakan jiran sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah maksudnya:
“:Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata-kata dengan kebaikan atau jika tidak, hendaklah dia diam sahaja. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya.” (bukhari dan muslim).
Kenderaan yang selesa ialah kenderaan yang mampu membantu kita dalam menjalankan urusan harian. Kenderaan yang mahal tetapi membebankan kita tidak termasuk dalam kategori kendaraan yang selesa.
Marilah kita sama-sama mengamalkan hadis ini agar mendapat kebahagiaan di dunia dan yang terpenting kehidupan di akhirat yang kekal abadi.
No comments:
Post a Comment