29 August 2011

Eid mubarak



Selamat hari raya kami ucapkan untuk semua lepasan MTT @IB dan semua warga MTT.Tidak dilupakan kepada para dermawan dan mereka yang terus menyokong institusi ini.


تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
وجعلنا الله وإياكم من العائدين الفائزين
كل عام وأنتم بالخير



Jangan dilupakan


14 August 2011

Lima 'S'


Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menjalani ibadah puasa dan moga-moga kita semua termasuk dalam mereka yang beroleh ketakwaan.

Bulan ramadan seperti yang diketahui merupakan bulan untuk kita membiasakan yang baik dan betul serta membetulkan yang biasa dari sifat-sifat yang tidak selayaknya untuk kita. Kita cuba melakukan solat terawih, tadarus, bersedakah dan sebagainya adalah supaya apabila berakhirnya ramadan kita masih mampu untuk berjemaah dimasjid, khatam 30 juzu' dalam sebulan,bersedekah dan sebagainya.

Hari ini kami menyeru anda untuk mengamalkan 5 'S'. Moga dengan kita amalkannya ia beroleh ibadah dan melahirkan insan yang berkualiti. Amalan ini sedang dipraktikkan di sekolah MTT. Lima 'S' ini ialah:

1: Salam

Salam adalah kalimah penghormatan yang diajar oleh Allah. Kalimah yang banyak diucapkan sebagai adat. Walhal ia adalah doa yang perlu diucapkan sesuai dengan kedudukannya.




2:Senyum

Senyuman adalah sedekah yang paling mudah. Nabi saw adalah seorang yang suka memberi senyuman. Kita diajar agar sentiasa menguntumkan senyuman sesama kita kerana ia adalah penawar yang paling mujarab.

3:Sapa

Sapaan adalah salah satu wasilah kepada ukhuwwah.

4: Sopan

Sopan adalah perbuatan zahir. Ia melambangkan ketinggian akhlak.

5:Santun

Santun adalah mereka yang berlemah lembut dan suka membantu manusia.



Ayuh, bermula saat ini kita merealitikan 5 'S' ini dan moga-moga ia dikira sebagai amal ibadah dan menjadi dakwah dengan perbuatan untuk mewujudkan negara Islam dan meninggikan kalimah Allah.

01 August 2011

Salam Ramadan

kredit:Here
Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi kita peluang untuk menjalani ibadah ramadan. Sebulan dalam setahun. Bulan memproses manusia untuk menjadi mereka yang berjaya iaitu orang yang bertakwa.

Bulan kita memberi lebih tumpuan dalam ibadah setelah mungkin kita lalai dalam sebelas bulan yang berlalu. Ayuh kita cuba untuk memaksimumkan ramadan kali ini.

Moga kita berjaya mendapat title takwa dan keampunan dari Allah dan seterusnya mendiami syurga


13 July 2011

Ihtifal 2011


Ihtifal kembali.

Kepada semua lepasan pelajar IB dan MTT serta orang ramai dijemput datang ke MTT untuk memeriahkan Majlis Ihtifal MTT 2011.


Majlis akan diadakan pada 20 & 21 Julai 2011 (Rabu & Khamis).Antara aktivitinya:


*Perbarisan.

*Solat Hajat.

*Penyampaian anugerah pelajar cemerlang.

*Ceramah.

*Pameran

*Gerai Jualan

*Persembahan para pelajar dan banyak lagi.







Minta jasa baik semua untuk mendoakan agar majlis berjalan dengan lancar.



Jumpa Disana



30 June 2011

" Tak Miskin Kalau jadi pemurah "

RM10.00 setiap kali boleh gaji



Beberapa hari lepas, salah seorang lepasan IB dan MTT mencuit kita dengan satu idea yang mungkin boleh difikirkan oleh kita. Mungkin ini menjadi salah satu cara untuk kita berbakti.

Kami pasti diluar sana ramai yang sangat sayangkan sekolah IB dan MTT. Ia punya kenangan dan rasa yang sukar digambarkan. Jadi marilah kita menyahut seruan ini dengan kemampuan yang kita ada.

Seruannya ialah :

Kata-kata yang pernah terluah oleh seseorang yang aku pegang sampai hari ni... "Tak Miskin Kalau Jadi Pemurah"..

Masa ada, apa salahnya disalurkan kepada saluran mana yang InsyaAllah akan memanfaatkan apa yang kita salurkan tu ke arah yang sebaiknya...


Untuk membaca penuh boleh ke sini.


P/s: Adakah anda sudah like page MTT(Official Page)

31 May 2011

Membeli sambil menderma

Alhamdulillah.Buku yang mesti dimiliki untuk panduan buat pejuang dan pendokong agama Islam. Buku 2 dalam 1.

* Anda dapat ilmu dan juga pahala untuk pembinaan Masjid Tahfiz Darul Iman





* Dapatkannya di muktamar. Harga istimewa.

* Berminat untuk memiliki sila hubungi no yang tertera di iklan.