17 March 2010

Ralat Program Ziarah Mahabbah

Sedikit pembetulan tentang program ziarah Mahabbah yang pada mulanya dijadualkan pada 25-27 mac ditunda kepada :

Tarikh: 1-4 april 2010
Hari :Khamis hingga Ahad
Tempat: Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman(MTT).



Segala kesulitan amatlah dikesali. Perkara ini berlaku kerana terdapat sedikit masalah yang tak mampu untuk dielakkan. Diharap peserta yang telah mendaftarkan diri dapat meneruskan penyertaan anda.

Jutaan kemaafan dipohon atas kesulitan ini.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi dengan unit perhubungan akhi Najib bin Yusof (0199662096).

15 March 2010

Program Ziarah Mahabbah

Anda Ingin menyumbang kepada MTT, tetapi kabur sumbangan apakah yang diperlukan..Berita menarik untuk anda kerana Sisbakti atau Ikma akan menganjurkan Program Ziarah Mahabbah seperti yang tertera:

Tarikh: 25-27 Mac 2010
Hari :Khamis hingga Sabtu


2. Antara yang diterapkan bersama program untuk adik-adik yang masih belajar di MTT. Kehadiran anda adalah amat dialu-alukan.

3. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi dengan unit perhubungan akhi Najib bin Yusof (0199662096). Kita masih lagi kekurangan peserta untuk program ini.

4. Tarik tutup penyertaan selewat-lewatnya pada 20 mac 2010.

14 March 2010

Tahniah....Anda Hebat

Assalamualaikum...

Alfun Mabruk...

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar STAM dan SPM yang telah mendapat keputusan yang cemerlang..Sekalung tahniah diucapkan kepada Pelajar terbaik STAM , Nur Ainah bt Ramli, lulus dengan pangkat Mumtaz. Manakala Jutaan tahniah diucapkan juga kepada pelajar Terbaik SPM, Nurhasyimah bt Zakaria 6A, Nuur Syafinaz bt Abirerah dan Mariam Solehah bt Mat Sidi , kedua-duanya 5A.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Semoga kejayaan kalian akan menjadi momentum untuk terus berusaha dengan lebih gigih dalam perjuangan menuntut ilmu. Ianya juga diharap menjadi motivasi kepada pelajar-pelajar yang akan menempuh peperiksaan SPM dan STAM pada tahun ini untuk terus bersaing dan melonjakkan nama MAAHAD. Setiap orang mampu untuk terus mengecapi kecemerlangan dengan mengikuti cara yang diajar oleh guru-guru.

Kepada yang kurang bernasib baik jangan putus asa kerana kegagalan adalah kejayaan yang tertunggak. Apabila anda terjatuh hari ini jangan lupa untuk terus bangun kerana kegagalan yang sebenar adalah gagalnya anda untuk bangun apabila terjatuh..


Jutaan penghargaan kepada semua Guru-guru dan staff MTT yang bertungkus lumus memberi tunjuk ajar kerana tanpa kalian mungkin kejayaan tidak menjelma

18 December 2009

Salam Maal Hijrah



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Bersama kita mengambil iktibar dari sejarah hijrah dan menjadikannya pembakar semangat untuk terus menjadi hamba ALLAH yang sebenar hamba , pelajar yang cemerlang.....anak yang soleh dan solehah....Kullu AM wa Antum bikhoir..siru ala barokatillah...

21 August 2009

Marhaban YA Ramadhan

Assalamualaikum semua....

Malam ini kita akan mula solat terawikh yang menandakan esok bermulanya ibadah puasa. Ramadhan yang datang jangan disiakan agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Ramadhan bulan yang permulaannya rahmat pertengahannya keampunan dan pengakhirannya adalah selamat dari api neraka mempunyai perlbagai ganjaran untuk kita berlumba-lumba mendapatkannya.



Bulan yang diturunkan al-quran untuk kita membezakan kebenaran dan kebatilan, bulan yang padanya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang amalan fardhu digandakan kepada 70 kali ganda dan amalan sunat seperti amalan fardhu. Bulan yang melatih kita untuk menguasai hawa nafsu bukan kita dikuasai.

Bulan yang menyedarkan kita setelah kita terleka akibat kesibukan dengan dunia sehingga membawa kepada kecuaian dalam ibadah kita sebagai hamba...



Ya Allah jadikanlah kami mereka yang menggunakan ramadhan sebagai bulan untuk mengaut keuntungan...


Kami mengucapkan selamat berpuasa kepada semua guru,kakitangan,pelajar dan semua lepasan pelajar mtt dan ib...