18 July 2007

GURU, MURABBI DAN MURSYID

SEJARAH MTT

  • PENUBUHAN MAAHAD TAHFIZ WAL TARBIYYAH DARUL IMAN ( MTT)



    Lahirnya Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) adalah daripada titisan-titisan keringat pemuda-pemudi Islam yang tidak mengenal erti penat lelah. Berdirinya Maahad ini adalah daripada semangat juang yang tidak pernah lentur dari jiwa yang kental bagi melahirkan ulama-ulama yang berjaya, yang mampu menengakkan Islam disaat “racun-racun berbisa dari luar dan dalam” meresap ke dalam kehidupan masyarakat. Bagi mereka yang berusaha mendirikan MTT ini, impian ini telah tercapai setelah sekian lama idea untuk mendirikan MTT ini tertanam di fikiran mereka.


    LOKASI:

    Lokasi pembinaan MTT adalah terletak di km 14, Kampung Tok Jiring berhampiran dengan kediaman Ustaz Dato’ Abu Bakar Chik. Tanah berkenaan telah diwakafkan oleh mertua beliau iaitu Allahyarham Tuan Haji Salleh Bin M. Zin adalah salah seorang di antara mereka yang ingin melihat pendidikan Islam dan pusat pengajian Islam terus subur di bumi Malaysia khususnya Terengganu Darul Iman.


    MATLAMAT PENUBUHAN :


    Terdapat tujuh matlamat penubuhan MTT ialah:


    - Bagi melaksanakan dan merealisasikan pendidikan Islam secara global dan sistematik sebagai alternatif kepada pendidikan pada hari ini.
    - Berusaha melahirkan golongan al-hafiz dan al-hafizah berwibawa yang mampu -menghayati Islam berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.
    - Melahirkan pelajar yang berdaya ulama’ dan intelek, bertakwa dan beramal.
    - Mewujudkan generasi berilmu yang mampu menjadi da’ie serta beriltizam menyebar dan mengembangkan Islam sebagai ad-Deen.
    - Berhasrat mewujudkan tenaga profesional yang mampu menangani pembangunan dan kemajuan ummah bersama Islam.
    - Melahirkan generasi muslim yang mampu memimpin ummah ke arah kesejahteraan hidup berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.
    - Bagi meningkatkan kemajuan dan pembangunan ummah selaras dengan ajaran Islam.


17 July 2007

MTTKU

RIWAYAT HIDUP IMAM QIRAAT

IMAM HAFS

NAMA: HAFS BIN SULAIMAN AL-MUGHIROH BIN ABI DAUD AL-ASADI AL-KUFI
TAHUN LAHIR: 90 HIJRAH
TAHUN WAFAT: 180 HIJRAH
KINAYAH: “ABU AMRU”
KEISTIMEWAAN: PERAWI YANG LEBIH ALIM & DHOBIT DALAM QIRAAT ASIM
BERBANDING SYU’BAH , DARI SEGI HURUF.
-BERTALAQI DENGAN ASIM MELALUI PENDENGARAN.
MERUPAKAN ANAK TIRI ASIM
-TIDAK BERSELISIH PENDAPAT DENGAN ASIM DARI SEGI
BACAAN KECUALI PADA KALIMAH ( ضعف) DALAM SURAH
AR-RUM:
· BAGI HAFS AKAN MEMBARISKAN DEPAN HURUF DHOT.( ضعف )
· BAGI ASIM MEMBARIS ATAS HURUF DHOT. ضعف) (
ANTARA ORANG YANG MERIWAYATKAN BACAAN DARI IMAM ASIM INI IALAH:

· HUSIN BIN MUHAMAD AL-MARUZI
· UMAR BIN SOBAH
· ABID BIN SOBAH

16 July 2007

Panduan Solat Hifzi

Disunatkan bagi mereka yang ingin menguatkan hafalan mereka,terutama yang menghafal al-Quran(golongan hufaza'),agar mengerjakan Solat sunat Taqwiyatul Hifzi...:
Cara-caranya:
1. Mengerjakan solat ini empat rakaat,dengan dua salam.
2. Mengerjakan pada malam Jumaat,sebaik-baiknya pada sepertiga malam.
3. Mengerjakannya 3,5 atau 7 malam Jumaat secara berturut-turut.
4. Membaca pada rakaat pertama : SURAH YAASIN.
5. Membaca pada rakaat kedua : SURAH AD-DUKHAN.
6. Membaca pada rakaat ketiga : SURAH AS-SAJADAH.
7. Membaca pada rakaat keempat : SURAH MULUk.
8. Setelah selesai solat,bacalah doanya

{ دعاء سلفس صلاة الحفظ }
اللَّهُمَّ ارحَمْنِي بِتَركِ الْمَعَاصىْ أَبَدًا مَّاأَبْقَيْتَنِيْ وَارحَمْنِيْ أَنْ أَتَكَلَّفَ مَالايُعْنِيْنِىْ وَارْزُقْنِيْ حُسْنَ النَّظَرِفِيْمَايُرضِيْكَ عَنِّيْ اللَّهُمَّ بَدِيعَ السَّمَوَاتِ والأَرْضِ ذَالْجَلاَلِ وَالإكْرَاِم وَالْعِزَّةِ الَّتِي لاَتُرَامُ أَسْأَلُكَ يَااللهُ يَارَحْمَن بِجَلاَلِكَ وَنُورِوَجْهِكَ أَن تُلزمَ قَلْبِي حِفْظَ كِتَابِكَ كَمَا عَلَّمْتَنِى وَارْزُقْنِي أَنْ أَتْلُوَهُ عَلَىالنَّحْوِ الَّذِي يُرْضيكَ عَنّي.
اللَّهُمَّ بَدِيعَ السَمَوَاتِ وَالأَرْضِ ذَالْجَلاَلِ والإكْرَامِ وَالْعِزَّةِ الَّتِى لاَ تُرَامُ أَسْأَلُكَ يَا اللهُ يَارَحْمَن بِجَلاَلِكَ وَنُورِ وَجْهِكَ أَن تُنَوّرَبِكِتَابِكَ بَصَرِي وَأَن تَطْلُقَ بِهِ لِسَانِي وَأَن تَفَرّجَ بِهِ عَن قَلْبِي وَأَن تَشْرَحَ بِهِ صَدْرِي وَأَن تَسْتَعْمِلَ بِهِ بَدَنِي فَإِنَّهُ لاَ يُعِينَنِي عَلَىالْحَقِّ غَيْرَكَ وَلاَيُؤْتِينِيهِ إلاأَنتَ وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلا بِاللهِ الْعَلِيّ الْعَظِي
مِ