18 December 2009

Salam Maal Hijrah



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Bersama kita mengambil iktibar dari sejarah hijrah dan menjadikannya pembakar semangat untuk terus menjadi hamba ALLAH yang sebenar hamba , pelajar yang cemerlang.....anak yang soleh dan solehah....Kullu AM wa Antum bikhoir..siru ala barokatillah...

21 August 2009

Marhaban YA Ramadhan

Assalamualaikum semua....

Malam ini kita akan mula solat terawikh yang menandakan esok bermulanya ibadah puasa. Ramadhan yang datang jangan disiakan agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Ramadhan bulan yang permulaannya rahmat pertengahannya keampunan dan pengakhirannya adalah selamat dari api neraka mempunyai perlbagai ganjaran untuk kita berlumba-lumba mendapatkannya.



Bulan yang diturunkan al-quran untuk kita membezakan kebenaran dan kebatilan, bulan yang padanya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang amalan fardhu digandakan kepada 70 kali ganda dan amalan sunat seperti amalan fardhu. Bulan yang melatih kita untuk menguasai hawa nafsu bukan kita dikuasai.

Bulan yang menyedarkan kita setelah kita terleka akibat kesibukan dengan dunia sehingga membawa kepada kecuaian dalam ibadah kita sebagai hamba...



Ya Allah jadikanlah kami mereka yang menggunakan ramadhan sebagai bulan untuk mengaut keuntungan...


Kami mengucapkan selamat berpuasa kepada semua guru,kakitangan,pelajar dan semua lepasan pelajar mtt dan ib...

14 August 2009

TERIMA KASIH SEMUA...

Terima Kasih pada semua yang telah menjayakan program alumni baru-baru ini. Perjumpaan kali ini merupakan antara yang teramai menghadirinya dari yang sebelumnya. Tahniah dan jutaan terima kasih juga pada jawatankuasa yang telah bertungkus lumus berusaha untuk mengadakan dan menjayakan program tersebut.

Terasa beruntungnya kerana diberi sedikit kesempatan masa untuk menghadiri perjumpaan tersebut. Terlalu ramai yang hadir sampai tak terlayan. Semuanya sibuk melepaskan rindu yang lama terpendam. Rasa bahagia yang tidak terucap bila dapat bertemu kembali dengan guru-guru yang telah mentarbiyah diri kita. Sayangnya ada beberapa orang guru tidak dapat hadir kerana sebab tertentu. Antaranya yang diketahui, Cikgu Abdullah Embong kerana zaujahnya berada dihospital, ustazah Wan Juhaida kerana sedang sarat mengandung, tinggal menunggu masa. Jom ramai-ramai kita ke Terengganu pula. Ziarah mereka.




04 August 2009

ralat



program lepasan pelajar akan bermula jam 3-6 ptg.
TGHH akan hadir sekitar jam 3.30 ptg.harap dapat mengambil perhatian.
segala kekuarangan harap dimaafkan.









25 July 2009

Kepada bloggers-bloggers x-MTT, sila copy n paste poster ni ke dlm entry blog antum. Iklankan sebanyak mungkin. Moga sampai pada mereka yang dah lost contact.
syukran.

19 July 2009

Liqo @ Meeting @ Perjumpaan

Perjumpaan Lepasan Pelajar dan Guru-guru IB dan MTT
Bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi b. Awang

Tarikh : 9 Ogos 2009
Tempat : Taman Melewar
Masa : 2.00 Petang

Sebar2 kan pada yang lain.

16 July 2009

Guru mithali

Assalamaualaikum semua..

Hari ini saya nak kongsi sedikit cerita pasal ustazah Asmina Nawi. Sebut Pasal Ustazah Asmina NAwi mesti teringat Ex5 dan rojak. Dua benda yang cukup sinonim dengan beliau.Tapi sekarang ini tak tahulah beliau masih menaiki ex5 atau tidak.
Ustazah Asmina memang penuh dengan sifat keibuan. Seorang yang penyabar sebab beliau memang kurang marah.Kalau kami tak siap kerja sekolah pun beliau hanya berleter jarang sekali menghukum. Beliau memang pandai mengambil HAti pelajar dan rapat juga dengan pelajar. Beliau juga mudah untuk mendengar masalah kami.



Masih ingat lagi masa tingkatan satu dulu, waktu itu beliau mengajar didepan tetapi ada yang sedikit nakal bercakap di belakang.Beliau sudah menengur tapi tak diendahkan, akhirnya kebetulan Ustaz solehan lalu dan menghadiahkan Penampar raksasa di pipi yang mulus itu.Ustazah Asmina pun berkata kepada budak nakal itu supaya jangan mengulangi lagi perkara itu agar pipi mereka tidak lagi ditampari.Walaupun pelajar itu memang patut dihukum tetapi kerana sifat kasihan belas beliau yang tinggi menyebabkan beliau tidak menghukum
bahkan bersimpati pada pelajar nakal itu.

by:penulis jalanan

10 July 2009

Tahniah

Assalamualaikum semua.
Tahniah diucapkan kepada cikgu Abdullah Embong dan cikgu Asmina Nawi yang telah dinobatkan sebagai guru mithali.
Cikgu Lah panggilan mesra merupakan guru yang pada mulanya sangat ditakuti oleh pelajar termasuk penulis menjadi guru yang paling rapat dengan pelajar.Sifat beliau yang suka bergaul dengan pelajar dan bergurau senda dengan pelajar menyebabkan jurang antara guru dan pelajar dapat dikurangkan.Bila jurang ini dirapatkan maka pelajar akan merasa dekat dengan guru dan rasa segan untuk bertanya apabila tidak memahami pelajaran especially math tiada.
Saya masìh ingat lagi kata-kata beliau semasa kami di tingkatan 3. "jangan takut nak tanya sebab saya dok makang orang". Yang disambut dengan hilai tawa kami.Saya sangat teruja apabila beliau mengingati semua gelaran bagi batch kami seperti boyo,kambing,bibir,nyem,musang dan rimau.Kerana gelaran inilah kami yang kurang minat dan memahami math mula minat dan cuba memahami.Saya rasa ternobatnya gelaran guru mithali amat sesuai.

P/s:Artikel ini lebih terarah kepada cikgu Lah.Ustazah Asmina akan diceritakan pada masa akan datang.

By:penulis jalanan

13 May 2009

Isteri Anugerah Tuhan

SEPANJANG melayari hidup bersama suami, pasti ada hati terluka. Bahkan, ada isteri menjeruk rasa dengan perlakuan suami yang ada kalanya menyakitkan.

Dalam melayari hidup berdua, tidak hanya menemui yang indah saja. Hakikatnya, perjalanan hidup berdua sering menemukan pelbagai rencah kehidupan - suka, duka, pahit, manis, keliru, persengketaan, berbaik semula, pujuk rayu dan pelbagai.

Mencari suami terbaik selain mengakui hakikat yang jodoh anda dengannya, harus diteliti beberapa perkara supaya bersiap sedia menempuh apa saja cabaran mendatang. Ibarat kata pepatah, untung sabut timbul untung batu tenggelam, sebenarnya rumah tangga bagaikan satu percaturan dalam menguji kekuatan cinta anda berdua.

Sebagai isteri, anda perlu bersikap terbuka dan tidak mengharapkan hanya suami yang memacu perjalanannya sedangkan anda juga ada tanggungjawab sendiri untuk memastikan semuanya berjalan bagaikan dirancang.
Apapun, berikut adalah tanggungjawab yang seharusnya dipikul mereka yang bergelar suami
Sangat bertanggungjawab ke atas isteri, anak dan orang di bawah jagaannya termasuk ibu bapa yang sudah tua serta orang gaji, jika ada.

Tanggungjawab dengan takutkan Tuhan adalah lazim melazimi. Orang yang takutkan Tuhan sangat bertanggungjawab. Orang yang benar-benar bertanggungjawab adalah kerana takutkan Tuhan.

Memberi ilmu dan didikan agama kepada isteri dan anak dengan sempurna.

Menyediakan nafkah zahir seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal dan kesihatan kepada isteri serta anak. Namun, dalam nafkah yang asasi itu, jika suami cuai ia boleh dituntut. Begitupun, adanya tolak ansur adalah lebih baik dan lebih utama.

Suami tidak berkasar terhadap isteri dan anak. Selaku ketua keluarga, suami lebih utama menonjolkan sikap kasih sayang dan prihatin. Suami selaku pendidik, pendidikan hanya berjaya dengan kasih sayang dan sabar.

Sekiranya isteri atau anak membuat salah, hendaklah diberi tunjuk ajar. Secara fitrahnya anak isteri tentulah tidak suka berbuat salah. Jika ia berlaku, ayah atau suami perlu memberi tunjuk ajar kerana kemungkinan mereka membuat salah kerana kecetekan ilmu, kurang bimbingan, terleka, terlupa serta dorongan perasaan dan nafsu.

Suami hendaklah bertimbang rasa kepada isteri. Amat jarang, tetapi bukan tiada langsung wanita yang kuat jiwa dan akal melainkan mereka lebih didorong perasaan. Sebab itu wanita amat mudah marah, merungut, merajuk serta membebel dan situasi mereka itulah yang memerlukan suami bertimbang rasa.

Ketika isteri kesedihan, suami hendaklah menghiburkannya. Tumpang simpati memang disuruh, tetapi jangan turut terbawa-bawa dengan kesedihan isteri..

Akibatnya akan bertambah menjadi-jadi dan berpanjangan kesedihan isteri. Kesedihan yang berpanjangan sedikit sebanyak boleh menjejaskan urusan rumah tangga. Suami perlu menghiburkan isteri dengan pelbagai cara, umpamanya bawa berjalan, makan angin dan ziarah kawan.

Suami sentiasa memberi kerjasama terhadap isteri. Ertinya dalam urusan rumah tangga, karier dan anak, perlu mendapat kerjasama yang baik daripada suami. Jangan dibebankan sepenuhnya kepada isteri.

Secara automatik berlaku perkongsian dalam kehidupan berumah tangga.

Suami tidak memandang kepada wanita lain. Memandang di sini ada dua maksud iaitu memandang dengan mata kasar secara lahiriah dan memandang dalam erti kata memberi perhatian atau perasaan terhadap wanita lain.

Antara hikmah larangan ini ialah supaya hati suami tertumpah kepada isterinya saja sekali gus suami tidak membandingkan wajah dan perangai isteri sendiri dengan wanita lain.

Isteri itu adalah anugerah Tuhan yang sudah menjadi ketetapan sejak azali lagi, terimalah seadanya.

Berbincang bersama. Dalam soal masalah atau perancangan keluarga, elok dibincangkan bersama supaya terjamin memperoleh penyelesaian tepat dan memuaskan. Setiap aspek difahami bersama supaya sama-sama dapat menerimanya.

Kejahatan, kelemahan dan kesilapan isteri tidak didedahkan kepada orang lain. Dalam kes hendak membuat aduan sekalipun, ia harus dibatasi tidak sampai mencemarkan maruah isteri.

Sentiasa merendah diri kepada isteri atau dengan istilah lain, tawaduk. Merendah diri bukan bererti meletakkan diri hingga boleh dihina isteri. Tawaduk ertinya tidak ego, sombong dan berasa diri segala-galanya.

Perlu diingat, tiada manusia yang benar-benar sempurna dalam segala hal. Sebab itu perlu tawaduk kepada isteri kerana dalam banyak aspek, seorang suami memerlukan isteri. Banyak perkara suami tidak upaya berbuat dan bersabar seperti yang dilakukan isteri.

Tawaduk juga bermaksud berlapang dada serta boleh bahkan bersedia menerima teguran, nasihat dan ingatan daripada isteri.

Suami perlu bertolak ansur dengan isteri dalam pelbagai aspek untuk kehidupan berdua bersama anak-anak.

Suami sentiasa kasih kepada isteri. Fitrah semula jadi manusia lebih mudah mengasihi orang yang ada pertalian dan orang yang berjasa.

Contohnya ibu bapa mengasihi anak dan sebaliknya. Antara kedua-duanya ada pertalian. Pengikut lebih mudah mengasihi ketua atau pemimpinnya kerana pemimpin banyak berjasa, begitulah sebaliknya.

Suami sentiasa belas kasihan terhadap isteri. Dalam kehidupan wanita moden, mereka mendakwa ada segala-galanya yang mereka perlukan. Bahkan apa saja yang mereka mahu, mereka mampu memikirkannya.

Namun sebenarnya, mereka tidak boleh menafikan fitrah semula jadi iaitu memerlukan suami sebagai tempat berlindung, mengadu, berkongsi perasaan, tempat merintih dan tempat memperoleh serta menumpahkan kasih sayang.

Ketiadaan suami dalam hidup seorang wanita, kekosongan tetap dirasai terutama perasaan kerana ia fitrah semula jadi.

29 April 2009

Pengumuman!!!


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak bersua dan bertentang mata..
InsyaAllah..kini, Pentadbiran MTTDI dan Alumni IB & MTT
dalam usaha untuk mengadakan satu pehimpunan terbesar
bagi menghubungkan kembali mereka-mereka
yang pernah menimba ilmu serta mencurahkan bakti kepada IB/MTT.
Berikut merupakan maklumat mengenai program :

Tarikh : Bulan 7. 2009
Tempat : Lembah Klang

*Tarikh & tempat ini merupakan cadangan awal bagi pihak pengurusan, insyaAllah
butiran selengkapnya akan diberitahu kelak.

P/s : Perhatian kepada ex-IB/MTT (Muslimin/mat) yang menetap di Lembah Klang,
kerjasama daripada antum amat diperlukan.

Sila mailkan;
1.Nama
2.No.Tel
3.Tempat tinggal/IPT

ke: al_waris3@yahoo.com.my

Usaha & bakti antum dalam menjayakan program ini amatlah dihargai, semoga ianya mendapat keberkatan daripada Allah swt..

syukran.

Berilmu, Beriman, Beramal

24 April 2009

Tahniah.

Pertama sekali minta maaf sebab lambat ucap tahniah kepada pelajar mtt yang berjaya dalam SPM dan Stam.


keputusan:

STAM:
tahun ni terbaik Jayyid Jiddan ( Waliyuddin)

SPM :
7 1A 1 2a dab 1 7D ( Norainah ramli) .Tahniah di ucapkan.

03 April 2009

Cahaya Hati


Hati atau roh adalah hakikat kejadian manusia, kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai. Dari sanalah ia menentukan sikap manusia samada positif atau negatif.

Memang hakikat pencipaan hati oleh Allah SWT adalah suatu yang maha ajaib. Kelajuan perjalanan hati tidak terhitung dan ruang gerakannya tiada had. Hati atau roh tidak mati sewaktu jasad lahir manusia mati. Hati berpindah ke alam Barzakh dan seterusnya ke akhirat. Bagi orang mukmin yang suci hatinya dia dapat melihat di syurga kelak. Itulah dia hati manusia. Ia juga disebut roh. Tempatnya ialah di dalam hati jasmani. Hati rohaniah ini umpama burung yang bersangkar di dalam hati jasmaniah. Hati manusia berbeza dengan hati haiwan kerana hati manusia boleh menerima perintah dan larangan; ia disebut rohul amri. Manakala hati haiwan tidak bersifat demikian, ia disebut rohul hayah.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati. (Riwayat Bukhari dan Muslim

sebagai manusia sering diuji dengan pelbagai cabaran dalam kehidupan seperti sakit, kesusahan hidup dan kematian, ketabahan manusia menghadapi ujian Allah banyak bergantung kepada keimanan seseorang.

Allah SWT berfirman bermaksud, "Kamu sekalian Kami uji dengan keadaan serba ketakutan, lapar dan serba kekurangan, baik mengenai harta, jiwa, mahupun mengenai hasil tanaman, dan buah-buahan, gembiralah orang yang sabar, tidak ditimpa sesuatu musibah, mereka (berserah diri kepada Allah) dengan mengucapkan: kami kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami kembali." (Al-Baqarah: 156).

Ayat ini jelas menunjukkan kehidupan manusia itu sentiasa diuji dengan pelbagai cubaan. Ujian ini bertujuan melihat kesabaran pada hamba-Nya

Setiap ujian dan dugaan dalam kehidupan akan mendidik seseorang itu menjadi manusia sejati iaitu beriman, bertakwa, serta meneruskan tujuan hidup mencari keredaan Allah. Oleh itu, kita digalakkan meminta pertolongan hanya kepada Allah.

Dalam kehidupan, kita tidak berjaya mendapatkan apa yang kita sukai, melainkan kita bersabar pada perkara yang kita tidak senangi.

Sesungguhnya, sifat sabar dapat memaafkan kesalahan orang lain dan juga tabah menjadikan hati tenang, fikiran dan perasaan sanggup menahan penderitaan dihadapi dalam kehidupan penuh pancaroba.

Perbanyakan zikrullah kerana zikirullah adalah antara amalan yang dapat menghidupkan hati, memberikan ketenangan rohani dan mengundang rahmat Allah. Banyak ayat al-Quran dan hadis nabi yang menceritakan kepentingan zikrullah dan kesannya kepada

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (mengingati Allah). Ketahuilah dengan zikrullah itu hati akan tenang tenteram. (Ar-Rad:
28).

Firman Allah: Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya. (Asy - Syams: 9