17 December 2010

Jawatan Kosong

Diminta kepada semua untuk menyebarkannya..





15 December 2010

Renuion Kembali

Assalamualaikum...Salam maal hijrah...


Setelah lama tidak bersua kita akan kembali berkumpul untuk menghangatkan kembali ukhuwah. Luangkan sedikit masa anda.Ayuh..jom meriahkannya...






SASARAN:ALUMNI SELANGOR DAN KL


04 November 2010

Kem Tahfiz Anak Soleh


فيا أيها القاري به متمسكا ... مجلا له في كل حال مبجلا
هنيئا مريئا والداك عليهما ... ملابس أنوار من التاج والحلا





28 September 2010

Pemberitahuan

Assalamualaikum. Sekadar makluman buat semua. Untuk mengetahui tentang Sekolah MTT anda boleh layari laman web di http://mttdaruliman.wordpress.com. Bagi yang ingin menghantar anak ke sekolah MTT boleh mencetak borang disini atau boleh terus ke sekolah.

23 September 2010

Iklan





Minta jasa baik lepasan pelajar semua untuk memanjangkan iklan diatas lewat facebook,blog dan lain-lain medium yang sesuai. Segala kerjesama anda amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

10 September 2010

Salam Aidilfitri


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Assalamualaikum wbt...

Jemputan ke "Program Liqa Idulfitri Bersama Lepasan IB & MTT":




-3 Syawal
-8malam-11mlam
-Maahad Tahfiz Tok Jiring




Kehadiran tuan/puan/saudara/saudari akan memberkati lagi majlis tersebut, insyaAllah. semua dijemput hadir, sebarkan kepada sahabat dan sahabiah yang terlibat

12 August 2010

Ahlan Ya Ramadhan

Selamat menyambut ramadhan buat semua. Semoga madrasah ramadhan dapat ditempuh dengan jayanya.




17 March 2010

Ralat Program Ziarah Mahabbah

Sedikit pembetulan tentang program ziarah Mahabbah yang pada mulanya dijadualkan pada 25-27 mac ditunda kepada :

Tarikh: 1-4 april 2010
Hari :Khamis hingga Ahad
Tempat: Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman(MTT).



Segala kesulitan amatlah dikesali. Perkara ini berlaku kerana terdapat sedikit masalah yang tak mampu untuk dielakkan. Diharap peserta yang telah mendaftarkan diri dapat meneruskan penyertaan anda.

Jutaan kemaafan dipohon atas kesulitan ini.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi dengan unit perhubungan akhi Najib bin Yusof (0199662096).

15 March 2010

Program Ziarah Mahabbah

Anda Ingin menyumbang kepada MTT, tetapi kabur sumbangan apakah yang diperlukan..Berita menarik untuk anda kerana Sisbakti atau Ikma akan menganjurkan Program Ziarah Mahabbah seperti yang tertera:

Tarikh: 25-27 Mac 2010
Hari :Khamis hingga Sabtu


2. Antara yang diterapkan bersama program untuk adik-adik yang masih belajar di MTT. Kehadiran anda adalah amat dialu-alukan.

3. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi dengan unit perhubungan akhi Najib bin Yusof (0199662096). Kita masih lagi kekurangan peserta untuk program ini.

4. Tarik tutup penyertaan selewat-lewatnya pada 20 mac 2010.

14 March 2010

Tahniah....Anda Hebat

Assalamualaikum...

Alfun Mabruk...

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar STAM dan SPM yang telah mendapat keputusan yang cemerlang..Sekalung tahniah diucapkan kepada Pelajar terbaik STAM , Nur Ainah bt Ramli, lulus dengan pangkat Mumtaz. Manakala Jutaan tahniah diucapkan juga kepada pelajar Terbaik SPM, Nurhasyimah bt Zakaria 6A, Nuur Syafinaz bt Abirerah dan Mariam Solehah bt Mat Sidi , kedua-duanya 5A.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Semoga kejayaan kalian akan menjadi momentum untuk terus berusaha dengan lebih gigih dalam perjuangan menuntut ilmu. Ianya juga diharap menjadi motivasi kepada pelajar-pelajar yang akan menempuh peperiksaan SPM dan STAM pada tahun ini untuk terus bersaing dan melonjakkan nama MAAHAD. Setiap orang mampu untuk terus mengecapi kecemerlangan dengan mengikuti cara yang diajar oleh guru-guru.

Kepada yang kurang bernasib baik jangan putus asa kerana kegagalan adalah kejayaan yang tertunggak. Apabila anda terjatuh hari ini jangan lupa untuk terus bangun kerana kegagalan yang sebenar adalah gagalnya anda untuk bangun apabila terjatuh..


Jutaan penghargaan kepada semua Guru-guru dan staff MTT yang bertungkus lumus memberi tunjuk ajar kerana tanpa kalian mungkin kejayaan tidak menjelma