14 March 2010

Tahniah....Anda Hebat

Assalamualaikum...

Alfun Mabruk...

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar STAM dan SPM yang telah mendapat keputusan yang cemerlang..Sekalung tahniah diucapkan kepada Pelajar terbaik STAM , Nur Ainah bt Ramli, lulus dengan pangkat Mumtaz. Manakala Jutaan tahniah diucapkan juga kepada pelajar Terbaik SPM, Nurhasyimah bt Zakaria 6A, Nuur Syafinaz bt Abirerah dan Mariam Solehah bt Mat Sidi , kedua-duanya 5A.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Semoga kejayaan kalian akan menjadi momentum untuk terus berusaha dengan lebih gigih dalam perjuangan menuntut ilmu. Ianya juga diharap menjadi motivasi kepada pelajar-pelajar yang akan menempuh peperiksaan SPM dan STAM pada tahun ini untuk terus bersaing dan melonjakkan nama MAAHAD. Setiap orang mampu untuk terus mengecapi kecemerlangan dengan mengikuti cara yang diajar oleh guru-guru.

Kepada yang kurang bernasib baik jangan putus asa kerana kegagalan adalah kejayaan yang tertunggak. Apabila anda terjatuh hari ini jangan lupa untuk terus bangun kerana kegagalan yang sebenar adalah gagalnya anda untuk bangun apabila terjatuh..


Jutaan penghargaan kepada semua Guru-guru dan staff MTT yang bertungkus lumus memberi tunjuk ajar kerana tanpa kalian mungkin kejayaan tidak menjelma

1 comment:

~VaniLaSuaM~ said...

tahniah2 untuk semua pelajar yg terlibat...tahniah juga untuk yg tak dapat keputusan yg terbaik...perjalan masih jauh...gagal skali bukan bermakna gagal slamanya...