18 July 2007

SEJARAH MTT

  • PENUBUHAN MAAHAD TAHFIZ WAL TARBIYYAH DARUL IMAN ( MTT)



    Lahirnya Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) adalah daripada titisan-titisan keringat pemuda-pemudi Islam yang tidak mengenal erti penat lelah. Berdirinya Maahad ini adalah daripada semangat juang yang tidak pernah lentur dari jiwa yang kental bagi melahirkan ulama-ulama yang berjaya, yang mampu menengakkan Islam disaat “racun-racun berbisa dari luar dan dalam” meresap ke dalam kehidupan masyarakat. Bagi mereka yang berusaha mendirikan MTT ini, impian ini telah tercapai setelah sekian lama idea untuk mendirikan MTT ini tertanam di fikiran mereka.


    LOKASI:

    Lokasi pembinaan MTT adalah terletak di km 14, Kampung Tok Jiring berhampiran dengan kediaman Ustaz Dato’ Abu Bakar Chik. Tanah berkenaan telah diwakafkan oleh mertua beliau iaitu Allahyarham Tuan Haji Salleh Bin M. Zin adalah salah seorang di antara mereka yang ingin melihat pendidikan Islam dan pusat pengajian Islam terus subur di bumi Malaysia khususnya Terengganu Darul Iman.


    MATLAMAT PENUBUHAN :


    Terdapat tujuh matlamat penubuhan MTT ialah:


    - Bagi melaksanakan dan merealisasikan pendidikan Islam secara global dan sistematik sebagai alternatif kepada pendidikan pada hari ini.
    - Berusaha melahirkan golongan al-hafiz dan al-hafizah berwibawa yang mampu -menghayati Islam berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.
    - Melahirkan pelajar yang berdaya ulama’ dan intelek, bertakwa dan beramal.
    - Mewujudkan generasi berilmu yang mampu menjadi da’ie serta beriltizam menyebar dan mengembangkan Islam sebagai ad-Deen.
    - Berhasrat mewujudkan tenaga profesional yang mampu menangani pembangunan dan kemajuan ummah bersama Islam.
    - Melahirkan generasi muslim yang mampu memimpin ummah ke arah kesejahteraan hidup berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.
    - Bagi meningkatkan kemajuan dan pembangunan ummah selaras dengan ajaran Islam.


1 comment:

Anonymous said...

Bagus juga ye MTT ni..