07 May 2008

Qiamullai


Qiamullai sebenarnya mengabungkan dua perkataan iaitu qiam dan al-lail. Qiam bermaksud bangun manakala al-lail bermaksud malam. Waktu qiamullai bermula selepas tengelamnya matahari sehingga terbit fajar sadik. Menurut istilah fuqaha qiamullai ialah mengisi waktu malam walaupun seketika dengan ibadah solat atau selainya dan tidak disyaratkan menghabiskan kebanyakan malam.

Mengikut pandangan seorang sahabat nabi s.a.w iaitu Ibn. Abbas r.a qiamullai sudah terhasil dengan solat isyak berjemaah dan berazam menunaikan solat subuh berjemaah sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : "Barang siapa yang menunaikan solat isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah bangun qiamullai separuh malam dan barang siapa yang menunaikan solat subuh berjemaah maka seolah-olah dia telah bangun qiamullai seluruh malam."

Oleh itu, seharusnya umah Islam merebut kelebihan solat berjemaah. Selain kelebihan solat berjemaah telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dan kefarduannya juga telah dibincangkan oleh para ulama, solat berjemaah juga boleh memgukuhkan hubungan perpaduan umah Islam. Alangkah indahnya jika kita dapat bayangkan umat Islam datang menunaikan solat berjemaah pada waktu subuh atau waktu-waktu lain seumpama solat jumaat dan solat sunah Hari Raya.

Firman Allah bermaksud "Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud padanya, sebagai solat tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji" [Surah Al-Isra :79]

Barang siapa yang mengetahui kelebihan dan fadilat ibadat ini nescaya akan bertambah hasrat dan keinginan untuk bermunajat kepada Allah dan berdiri di hadapanNya pada waktu malam.

Ibrahim al-Khawas seorang yang terkenal dengan ilmunya menyebut " Ubat kepada hati itu lima perkara, Membaca Al-Quran dan berfikir [menghayati], kosong perut, qiamullai, tadharru ketika waktu sahur dan mendampingi orang-orang soleh.

Apa yang pasti Allah bangga terhadap hambaNya yangsolat malam di hadapan para malaikat. Pintu-pintu langit dibuka lebar bagi hamba yang bermunajat dalam keheningan malam. Oleh itu sama-sama kita rebut peluang keemasan yang di janjikan oleh Allah kepada hamba-hambaNya.

No comments: