link
28 December 2008
08 December 2008
01 October 2008
Selamat hari lebaran
Di kesempatan ini kami mengucapkan selamat menyambut idulfitri kepada semua guru-guru Mtt/IB , EX- guru MTT dan IB,pelajar dan lepasan mtt/Ib semua...
kullu am wa antum bikhoir...
Antara perkara adab dan sunat yang patut dilakukan untuk menyambut idulfitri ialah:
- bertakbir bermula terbenam matahari malam raya sehingga sebelum imam mengankat takbir solat sunat raya.
-mandi sunat hari raya
-memakai baju yang cantik, memakai wangian dan membuang bau yang tidak sedap.
- sebelum pergi solat hari raya sunat makan dan minum dahulu...
04 September 2008
Ramadhan
Marhaban Ya Ramadhan….
Ramadhan datang lagi membawa rahmat dan berkat. Kedatangan ramadhan sama seperti tahun-tahun sudah tetapi yang berbeza ialah natijah daripada madrasah ramadhan itu sendiri..
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Rebutlah peluang yang diberi kepada kita semaksima yang mungkin kerana kita belum tahu adakah kita sempat lagi bertemu dengan ramadhan yang akan datang. Ramadhan mengajar kita untuk memperbanyakkan amal soleh sesuai dengan tuntutan kewajipan ramadhan adalah untuk melahirkan insan yang bertaqwa.
Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Antara perkara yang digalakkan untuk kita melakukannya pada bulan ramadhan ialah membaca al-Quran, bersedekah, berzikir, berterawikh dan amalan mahmudah yang lain. Kita juga disarankan untuk menjauhkan dari melakukan perkara yang akan mengurangkan atau mencacatkan puasa kita seperti mengumpat, mengadu domba dan segala sifat mazmumah yang lain. Pada sepuluh malam yang terakhir sama-samalah untuk mencari lailatul qadar yang lebih baik dari seribu bulan dan carilah malam lailatul qadar pada sepuluh malam yang ganjil.
Sama-samalah kita merebut peluang yang dikurniakan oleh Allah moga-moga kita termasuk dalam golongan orang yang bertaqwa yang mendapat rahmat dan berkat dari Allah.
25 July 2008
5 Jenis Racun dan 5 Penawarnya;
Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.
22 July 2008
22 TAnda hari kiamat semakin hampir
Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
17 July 2008
Kebahagiaan
Setiap manusia inginkan kebahagiaan. Orang yang beriman inginkan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sebaliknya bagi orang yang tidak mempercayai dar-akhirat juga ingin kan kebahagiaan didunia. Ukuran kebahagiaan bagi sebuah keluarga bukanlah pada banyaknya harta tetapi pada keharmonian sebuah rumahtangga itu.
Rasulullah saw mengajar kita bagaimana untuk mendapatkan kebahagian sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Hibban maksudnya:
”:Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!”
Hadis ini mengajar kita cara untuk mendapatkan kebahagiaan. Wanita yang solehah merupakan sebaik-baik perhiasaan. Antara cirri-ciri wanita solehah ialah apabila kamu memandangnya ia akan menyenangkan kamu. Rumah yang luas ialah yang memberi kamu keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak serta dapat mengenangkan fikiran apabila berada di dalamnya.
Jiran yang baik adalah antara faktor yang menjadi pemangkin dalam mencari kebahagian. Jiran yang baik ialah yang tidak nmenyakiti hati jirannya dan ramah tamah dalam pergaulan. Kita juga disuruh untuk memuliakan jiran sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah maksudnya:
“:Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata-kata dengan kebaikan atau jika tidak, hendaklah dia diam sahaja. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya.” (bukhari dan muslim).
Kenderaan yang selesa ialah kenderaan yang mampu membantu kita dalam menjalankan urusan harian. Kenderaan yang mahal tetapi membebankan kita tidak termasuk dalam kategori kendaraan yang selesa.
Marilah kita sama-sama mengamalkan hadis ini agar mendapat kebahagiaan di dunia dan yang terpenting kehidupan di akhirat yang kekal abadi.